Saturday, October 17, 2009

Dua beranak maut dirempuh kereta


PUTRAJAYA - Seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung dengan anaknya dikendong maut dirempuh sebuah kereta ketika berteduh hujan di bawah sebuah jejambat di Persiaran Utara di sini semalam.

Kemalangan pukul 3 petang itu menyebabkan Sarisah Marwin, 33, mati di tempat kejadian manakala anak perempuannya, Chandrawati Misan, 5, tercampak kira-kira 15 meter dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

Suami mangsa yang belum dikenal pasti tidak cedera.

Tragedi itu juga menyebabkan lapan yang lain cedera termasuk dua parah. Seorang yang cedera membabitkan anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ketika kejadian, terdapat enam buah motosikal diletakkan sederet di tepi jalan dengan 10 penunggang dan pembonceng berteduh di bawah jejambat itu.


kecian nyer arwah. dgn anak klt dlm perot + lg ngn anak yg arwah dokong. da tau time ujan xyah lh bwk laju2.



2 comments:

  1. Tu pasal saya x suka tgk brita & baca npaper
    Sume cite pasal DEATH!!!

    ReplyDelete
  2. i hate dat story!
    where the miracle??
    ughhh i need a answer

    ReplyDelete